Want your
own Fotopage?











 
.:: g m o X x s PeRsoNaL PhotoBloG ::.

By: g m o X x s personal photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Nov-2006 01:10 Email | Share | Bookmark
Anak2 Yatim, Ibu Tunggal Terbiar & OKU @ Subang Alam

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bila memandang wajah-wajah dorang ni, tersentuh rasa hati. Bagaimana mereka semua boleh mengharungi hidup sebagai insane-insan kesepian. Macammana pulak ketika hari raya. Ketika mendaftar persekolahan. Jika orang lain, semuanya ditemani ibu bapa, tapi mereka… keseorangan.

Atas kesedaran itu, Subang Alam Sdn Bhd mengambil inisiatif menjemput anak-anak yatim, ibu tunggal yang terbiar serta Orang Kurang Upaya (OKU) dari Rumah Jagaan Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa.


Menurut pengasas, Puan Sharifah, masih ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan taman jagaan tersebut. Malahan, rumah yang didiami oleh 78 orang itu juga, masih terpaksa berdiri atas usaha pengasas itu sendiri. Meskipun dibantu oleh beberapa individu, tetapi dana persendiriannya masih belum cukup menampung perbelanjaan harian mereka. bayangkan, bagaimana untuk menaggung tempat tinggal mereka yang sewanya mencecah RM 5k sebulan, makan minum, pakaian serta persekolahan mereka.

Semuanya, ditanggung oleh pengasasnya dengan bantuan beberapa individu yang sanggup bersama mereka yang terbiar ini.

Kepada semua, ingatlah, tak selalu nasib kita sebaik hari ini.. jika kita tidak tahu mensyukuri nikmat yang diberi tuhan. Ketika masih berkesempatan ini, ambillah peluang untuk berbakti kepada masyarakat. Tanya kan pada diri anda, apakah sumbangan anda kepada agama, bangsa dan Negara…
Kepada Subang Alam Sdn Bhd, Tahniah daripada GCN kerana menunaikan tanggungjawab anda. Kepada yang ingin menyumbang, jemputlah ke Pusat Jagaan Titian Kaseh yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa, berhampiran dengan Istana Budaya. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan….











gmoXxs


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.